Kumpulan pro-Pahlavi turun jalan raya, desak Republik Islam Iran dijatuhkan

Seorang lelaki memegang bendera kebangsaan "Lion and Sun" sebelum Revolusi Iran, ketika penunjuk perasaan dan aktivis berkumpul bagi menyokong protes di seluruh negara di Iran di Washington pada 10 Januari lalu. - Gambar Reuters.
Kumpulan pro monarki rejim Shah Reza merusuh di lebuh raya Vakil Abad melaungkan slogan “Pahlavi Akan Kembali” dan “Hidup Raja” sebagai tanda protes terhadap Kerajaan Republik Islam Iran pada malam Ahad.
Ringkasan AI
- Kumpulan pro monarki rejim Shah Reza merusuh di Mashhad, Iran, menyeru agar sistem monarki dikembalikan sebagai protes terhadap tekanan ekonomi dan sekatan ekonomi Amerika Syarikat serta negara-negara Barat.
- Rusuhan di beberapa kota utama Iran sejak 28 Disember melibatkan pelajar, peniaga, dan gerakan sivil yang mengkritik dasar dan kepimpinan kerajaan, dengan tindakan seperti merobohkan bangunan dan membakar Masjid Al-Rasool di Tehran.
- Kumpulan perusuh, termasuk Shah Reza Pahlavi, menyeru untuk menggulingkan kerajaan Republik Islam Iran yang diketuai oleh Ayatollah Ali Khamenei, sementara Amerika Syarikat menyokong perusuh, menimbulkan kebimbangan tentang kestabilan negara tersebut.
Perusuh menceroboh beberapa bangunan, meroboh tugu tokoh politik, dan kemuncaknya apabila Masjid Al-Rasool terletak di Tehran telah dibakar pada 9 Januari lalu.
Pada masa sama, kumpulan perusuh turut menggerakkan kempen menghidupkan semula sistem monarki di bawah Shah Mohammad Reza Pahlavi, yang digulingkan semasa Revolusi Islam 1979 yang dipelopori oleh gerakan rakyat.
Malah Shah Reza Pahlavi anak kepada Mohammad Reza yang kini menetap di Amerika Syarikat turut menyeru kumpulan perusuh agar terus berusaha menggulingkan kerajaan Republik Islam yang diketuai oleh Ayatollah Ali Khamenei.
Media melaporkan, di Washington, sekumpulan penyokong pro-monarki turut mengibarkan bendera kebangsaan Lion and Sun, yang digunakan sejak 1907, sebelum digantikan dengan bendera bertulis kalimah ‘Allahuakbar’ selepas Revolusi Iran
Pada 9 Jan Ali Khamenei menegaskan tidak akan tunduk terhadap tekanan perusuh yang disifatkannya bertindak untuk memuaskan hati Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Terdahulu Trump dilaporkan mengulangi kenyataan untuk membantu kumpulan perusuh seandainya pihak berkuasa republik bertindak ganas terhadap mereka.
Pihak berkuasa Iran turut mendakwa kumpulan perusuh dinaungi oleh ejen kuasa asing yang mencari peluang untuk menggugat kestabilan republik itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


