Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Januari 2026.
Polis Kedah merekodkan sebanyak 43 kes buli di negeri ini sepanjang tahun 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada tahun sebelumnya.
Kementerian Pendidikan menjadikan "suara kecil" guru, murid dan komuniti sekolah sebagai teras utama reformasi pendidikan serta asas kepada pembangunan Kurikulum Pendidikan Baharu.
Sebanyak 15 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan lori tiga tan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) antara Sungai Buaya dan Rawang, dekat sini awal pagi tadi.
SPRM hari ini merakam keterangan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia, bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan dana dalam pasukan terbabit.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan menambah keanggotaannya di negeri bersempadan bagi memperkukuh penguatkuasaan membanteras penyeludupan dadah.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini.
Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan isu penternakan babi di Kuala Langat ditangani secara serius dan berprinsip, dengan memperketatkan syarat operasi industri berkenaan selepas perbincangan menyeluruh di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas.
Kerajaan MADANI memberi keutamaan kepada usaha menangani kos sara hidup dan meningkatkan kemudahan berurus niaga, di samping memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.
Harapan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjuarai Terbuka Malaysia 2026 musnah selepas mereka tewas di di pentas final, sekali gus melanjutkan kemarau 12 tahun Malaysia dalam acara tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


