awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan

Bernama
Bernama
11/01/2026
15:45 MYT
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
Wan Ahmad Dahlan memaklumkan pesara kerajaan bakal menikmati pelarasan pencen bersesuaian dengan Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 22 Jan ini. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz hari ini menziarahi pesara perkhidmatan awam dan keluarga mereka bagi menyampaikan bantuan barangan keperluan asas sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
Semasa program itu, beliau menziarahi waris Allahyarham Awang Muhamad Karim, 65, bekas Pembantu Tadbir Kanan Kewangan Jabatan Kerja Raya Sabah yang meninggal dunia pada November tahun lepas, di Taman Sempelang, Sembulan di sini.
Balu pertama Allahyarham, Ng Siew Fong @ Faridah Abdullah, 72, juga pesara kerajaan, menghidap penyakit darah tinggi serta sakit kaki yang membataskan pergerakan untuk berdiri lama, manakala balu kedua Lily Tay @ Nur Izzarah Amani, 53, memerlukan sokongan bagi persiapan persekolahan anaknya berusia 12 tahun.
Wan Ahmad Dahlan seterusnya menyantuni Farida Mubin @ Faridah Mumin, 60, pesara Pekerja Rendah Awam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di Kampung Sembulan Lama.
Beliau dimaklumkan Farida yang bersara pada September tahun lepas, kini menghidap penyakit kencing manis serta mengalami masalah penglihatan pada kedua-dua belah mata akibat kerosakan kanta mata dan baru menjalani rawatan.
Ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu, Wan Ahmad Dahlan berkata inisiatif ziarah kasih itu membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan pesara walaupun mereka tidak lagi berada dalam sistem perkhidmatan awam.
"Kerajaan sangat mengambil berat kepada mereka yang pernah berjasa kepada negara, terutamanya mereka yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan pembentukan bangsa serta negara.
"Mereka tetap disantuni dan diberi perhatian. Slogan bahawa tidak ada yang ditinggalkan atau dipinggirkan jelas dalam konteks yang sedang kita laksanakan sekarang," katanya.
Mengulas mengenai bentuk sumbangan, beliau berkata bantuan kali ini tertumpu kepada barangan keperluan asas dan makanan memandangkan penerima berada dalam keadaan kesihatan yang terkawal.
"Dalam keadaan biasa sekiranya pesara sakit terlantar, kita akan berikan bantuan peralatan perubatan seperti katil boleh laras. Kebetulan kali ini pesara dan waris berada dalam keadaan baik, jadi kita sumbangkan keperluan asas," katanya.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan memaklumkan pesara kerajaan bakal menikmati pelarasan pencen bersesuaian dengan Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 22 Jan ini.
"Ini menunjukkan bukan hanya mereka yang sedang berkhidmat mendapat ganjaran tetapi yang telah bersara juga mendapat nikmat hasil keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
#Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
#pesara
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan