awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kampung Angkat MADANI: Empat projek fizikal bernilai RM663,000 di Kampung Sembulan siap
Risiko iklim kian meruncing, Majlis Pengurusan Bencana Negara perlu ditubuhkan - Lee Lam Thye
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya

Bernama
Bernama
11/01/2026
15:53 MYT
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
Seorang lelaki warga emas ditahan selepas disyaki mengacukan senjata menyerupai pistol di Kilometer E37 Lebuhraya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial hari ini. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditahan selepas disyaki mengacukan senjata menyerupai pistol di Kilometer E37 Lebuhraya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chan Hook berkata kejadian pada 4.13 petang tadi itu dikesan menerusi video berdurasi 34 saat yang memaparkan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) telah membuka tingkap dan mengacukan satu objek menyerupai pistol.
"Susulan itu, seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan pada 7 malam ini dan mengakui yang dia merupakan individu sama memandu dan mengacukan objek pistol mainan seperti di dalam video tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata lelaki terbabit mendakwa ketika kejadian terdapat sebuah kenderaan memotong keretanya tanpa memberikan isyarat menyebabkan dia tidak berpuas hati sebelum memintas semula kenderaan tersebut.
Beliau berkata pemandu kereta berkenaan yang juga seorang lelaki membuka cermin dan marah sebelum suspek turut menurunkan cermin keretanya serta menunjukan objek penyerupai pistol itu.
POLIS- TAHAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Hoo berkata semakan mendapati lelaki yang ditahan itu tidak bekerja dan mempunyai lima rekod jenayah lampau.
Beliau berkata pihaknya turut merampas dua pucuk pistol mainan serta sebuah kenderaan SUV milik suspek.
"Permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#polis tahan
#Acu pistol
#lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan