INTERNATIONAL
Lahir di sempadan India-Pakistan, bayi lelaki ini diberi nama 'Border'

Sepasang suami isteri warga Pakistan menyambut kelahiran anak mereka dengan nama yang cukup unik apabila memilih untuk menamakan bayi lelaki baharu dilahirkan sebagai "Border". -Mingguan Wanita
SETIAP kali kelahiran bayi, menjadi tanggungjawab mak ayah memilih nama dan maksud yang baik-baik buat si anak.
Pelbagai aspek diambil kira dalam pemilihan nama tersebut.
Ada juga mak ayah yang memilih nama anak-anak berdasarkan sesuatu peristiwa dan situasi yang berlaku bagi memberi kenangan dan signifikasi pada kelahiran anak tersebut.
Sepasang suami isteri warga Pakistan menyambut kelahiran anak mereka dengan nama yang cukup unik apabila memilih untuk menamakan bayi lelaki baharu dilahirkan sebagai "Border" atau "sempadan" dalam bahasa Melayu.Lapor India Today, pasangan itu dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram dari daerah Rajanpur di wilayah Punjab.

Menurut pasangan tersebut, bayi itu diberi nama demikian kerana dilahirkan di sempadan negara India-Pakistan.

“Ketika Nimbu Bai mahu bersalin, dia dibantu oleh beberapa wanita dari kampung berhampiran untuk melahirkan anaknya.
“Penduduk tempatan juga membantu mengaturkan kemudahan perubatan untuk bersalin,” jelas laporan itu.
Balam Ram berkata, dia bersama warga Pakistan lain yang mengunjungi India sebelum perintah berkurung, tidak dapat pulang ke rumah kerana tidak mempunyai dokumen mencukupi.

*Artikel asal di Mingguan Wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami