awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS lancar 'Project Next Gen' tingkatkan vaksin COVID-19, pembangunan terapi

Bernama
Bernama
12/04/2023
07:46 MYT
AS lancar 'Project Next Gen' tingkatkan vaksin COVID-19, pembangunan terapi
Pelaburan dalam vaksin COVID-19 generasi akan datang disifatkan boleh memberi kesan yang baik untuk keseluruhan sistem kesihatan AS. - Gambar fail/Reuters
LOS ANGELES: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melancarkan program bernilai lebih AS$5 bilion untuk mempercepat pembangunan vaksin dan rawatan baharu COVID-19 bagi perlindungan lebih baik terhadap varian COVID-19 sedia ada dan akan datang.
Program "Project Next Gen", akan membolehkan kerajaan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menyegerakan pembangunan vaksin dan terapi.
Usaha baharu itu akan menumpukan kepada tiga matlamat iaitu mewujudkan antibodi monoklonal yang tahan lama susulan virus yang berkembang menyebabkan banyak rawatan sedia ada tidak berkesan.
Mempercepat pembangunan vaksin yang menghasilkan imuniti mukosa yang mampu mengurangkan risiko penularan dan jangkitan serta menyegerakan usaha untuk membangunkan vaksin pan-Koronavirus untuk melindungi daripada jangkitan varian baharu SARS-CoV-2, serta koronavirus lain, Xinhua memetik laporan The Washington Post.
"Pasaran untuk tujuan itu jelas bergerak sangat perlahan. Banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan pentadbiran untuk mempercepat usaha itu untuk rakyat Amerika," kata penyelaras COVID-19 Rumah Putih, Ashish Jha, pada Isnin.
Jha berkata pelaburan dalam vaksin COVID-19 generasi akan datang boleh memberi kesan yang baik untuk keseluruhan sistem kesihatan dan keupayaan untuk membangunkan vaksin yang menjana imuniti mukosa akan memberi manfaat sangat besar untuk patogen pernafasan lain yang dihadapi sepanjang masa seperti selesema dan RSV.
Beberapa kerja makmal sedang dijalankan dan kerajaan AS telah memulakan usaha untuk mencari rakan kongsi sektor swasta yang berpotensi, menurut penolong setiausaha di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, Dawn O'Connell.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#pembangunan vaksin
#Project Next Gen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan