awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langit Athens menjadi gelap akibat kebakaran hutan

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2024
00:15 MYT
Langit Athens menjadi gelap akibat kebakaran hutan
Asap tebal akibat kebakaran hutan dilihat di atas bangunan Parlimen yang terletak di Athens. - Foto AP
ATHENS: Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan yang bergerak pantas di luar Athens sejak petang Ahad, sementara penduduk sekitar diarahkan berpindah meninggalkan rumah masing-masing.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba, Kolonel Vassileios Vathrakogiannis, keadaan menjadi lebih berbahaya apabila api mula merebak ke kawasan kediaman.
Kebakaran yang didorang oleh cuaca panas dan berangin itu bermula kira-kira jam 3 petang waktu tempatan 35 kilometer (km) dari Athens menyebabkan langit menjadi gelap dengan bau asap menyelubungi ibu negara Greece.
Ia turut merebak sehinggan kawasan kediaman dan membakar rumah serta kereta.
Lebih daripada 400 anggota bomba bersama 110 jentera termasuk pasukan sukarelawan yang disokong oleh 16 pesawat pengebom air dan 13 helikopter menyertai operasi memadamkan kebakaran di Varnavas yang terletak di timur laut Athens.
Menurut Vathrakogiannis, api bergerak pantas menuju ke Tasik Marathon, kawasan takungan air penting yang membekalkan sumber air kepada Athens.
Ketika ini puluhan rumah dilaporkan telah mengalami kerosakan akibat kebakaran itu namun jumlah sebenar belum dapat dipastikan.
Vathrakogiannis berkata angin kencang di kawasan berkenaan menyebabkan api setinggi 25 meter (m) merebak dengan pantas.
Pihak berkuasa telah menghantar amara pemindahan pendudukan untuk sembilan kawasan berhampiran Varnavas.
Setakat ini lebih 200 penduduk di kawasan utara Athens, kebanyakannya warga emas, telah dipindahkan.
Ratusan kebakaran hutan telah berlaku di seluruh Greece sejak Mei dan saintis mengaitkan kekerapannya dengan keadaan cuaca yang semakin panas dan kering akibat perubahan iklim.
Bulan Jun dan Julai mencatatkan suhu paling tinggi dalam sejarah Greece dan tempoh yang lama tiada hujan.
Negara itu turut menyaksikan musim sejuk paling panas dalam rekod.
Kerajaan dan Jabatan Meteorologi memberi amaran kebakaran hutan akan menjadi bertambah buruk akibat keadaan cuaca sehingga Khamis.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#cuaca buruk
#penduduk diarah pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan