awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi

Bernama
Bernama
12/03/2024
22:45 MYT
Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi
Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan. - Gambar hiasan
DHAKA : Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkapalan Bangladesh, Mohammad Maksud Alam.
Lanun terlibat disyaki rakyat Somalia kerana pantai itu terletak di negara berkenaan, katanya kepada Anadolu.
"Kapal kargo yang dinamakan MV Abdullah sedang mengangkut arang batu daripada Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan Al Hamriyah di UAE (Emiriah Arab Bersatu).
"Kru kapal itu memaklumkan kepada kami bahawa lanun berkenaan membawa senjata berat.
"Kesemua anggota kru, bagaimanapun selamat dan kerajaan sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka dan kapal itu menggunakan kesemua saluran diplomatik yang ada,” katanya.
Mohammad juga mengesahkan kapal itu milik SR Shipping Lines, Bangladesh.
Pada 2010, sebuah kapal SR Shipping dirampas lanun di Laut Arab.
-- BERNAMA/Anadolu
Topic Berkaitan
#lanun
#kapal kargo Bangladesh
#Lautan Hindi
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan