awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut cuba seberangi Selat Inggeris dari Perancis

Bernama
Bernama
15/09/2024
15:37 MYT
Lapan maut cuba seberangi Selat Inggeris dari Perancis
Kawasan sekitar Calais di utara Perancis adalah titik permulaan bagi penyeberangan laut yang paling dekat dengan United Kingdom (UK). - AP
PARIS: Lapan migran maut ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis antara Sabtu malam dan pagi Ahad, menurut Wilayah Maritim Perancis bagi Selat dan Laut Utara pada Ahad, lapor Xinhua.
Selain lapan kematian itu, enam orang lagi ditemukan dalam keadaan kritikal, lapor saluran berita Perancis BFMTV, memetik Jacques Billant, Prefect Jabatan Utara Perancis Pas-de-Calais.
Menurut Billant, sebuah bot yang membawa 59 migran dilihat sejurus sebelum tengah malam berhampiran Bandar Ambleteuse, Pas-de-Calais.
Wilayah Maritim Perancis bagi Selat dan Laut Utara pada Sabtu berkata mereka telah menyelamatkan kira-kira 200 orang yang cuba menyeberangi Selat Inggeris pada Jumaat malam.
Pada 3 September, sekurang-kurangnya 12 orang mati ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis.
Kawasan sekitar Calais di utara Perancis adalah titik permulaan bagi penyeberangan laut yang paling dekat dengan United Kingdom (UK).
Menurut statistik Kerajaan British, sejumlah 412 migran tanpa dokumen cuba menyeberangi Selat Inggeris dengan bot kecil tanpa kebenaran untuk memasuki UK antara 7 hingga 13 Sept tahun ini,.
Semasa lawatan Perdana Menteri British Keir Starmer ke Perancis bulan lepas, kedua-dua negara menegaskan hasrat mereka untuk meningkatkan kerjasama untuk mengekang migrasi haram di Selat, terutamanya berkaitan dengan rangkaian penyeludupan manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#migran
#Selat Inggeris
#Perancis
#mangsa korban
#seberang laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan