awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan negara desak benar pertemuan dengan Suu Kyi

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2021
23:22 MYT
Lapan negara desak benar pertemuan dengan Suu Kyi
Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin kanan Parti Liga Demokrasi (NLD) ditahan junta tentera Myanmar pada 1 Feb lalu. - Gambar fail
LAPAN negara termasuk ketua diplomatik Kesatuan Eropah (EU) mendesak junta tentera Myanmar memberi kebenaran kepada wakil khas mereka untuk bertemu Aung San Suu Kyi.
Desakan dibuat susulan kebimbangan junta gagal memenuhi komitmen yang dibuat dengan blok ASEAN, bagi menangani krisis yang tercetus sejak rampasan kuasa 1 Feb lalu.
Desakan ini dikeluarkan menerusi kenyataan bersama Amerika Syarikat, Britain, Australia, Canada, Korea Selatan, New Zealand, Norway dan Timur Leste.
Blok itu mendesak junta tentera membenarkan lawatan ke Myanmar, bagi membolehkan wakil khas itu bertemu pihak berkepentingan.
Dalam pada itu Menteri-menteri Luar ASEAN mengadakan mesyuarat khas berhubung situasi Myanmar pada Jumaat.
Brunei yang memegang kerusi Pengerusi ASEAN, bakal mengeluarkan satu kenyataan pada Sabtu mengenai hasil mesyuarat itu.
Pihak berkuasa tentera pada Rabu menegaskan tidak akan membenarkan wakil khas ASEAN, Erywan Yusof, bertemu mana-mana individu yang sedang dibicarakan, termasuk Suu Kyi.
Kerajaan awam Myanmar tumbang selepas rampasan kuasa tentera.
Junta mendakwa kerajaan awam berkenaan tidak sah kerana pilihan raya yang diadakan dicemari penipuan.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Myanmar
#ASEAN
#rampasan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan