awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan orang maut bot migran terbalik di Laut Mediterranean

Bernama
Bernama
11/04/2024
13:39 MYT
Lapan orang maut bot migran terbalik di Laut Mediterranean
Pengawal Pantai Itali telah menghulurkan bantuan dan bot peronda mereka berjaya menyelamatkan ramai pendatang di atas kapal. - Reuters
ROME: Lapan orang termasuk seorang kanak-kanak maut apabila sebuah bot yang membawa migran terbalik ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean.
Menurut Agensi Berita ANSA Itali, Pengawal Pantai Itali menghulurkan bantuan dan bot peronda mereka berjaya menyelamatkan ramai pendatang di atas kapal, lapor Agensi Anadolu.
Pengawal pantai yang menyelamatkan 23 orang, mengatakan bot terbalik kira-kira 55 kilometer di tenggara pulau Lampedusa di perairan antarabangsa.
Dalam kenyataan awal mangsa yang diselamatkan, menyebut terdapat orang lain yang hilang di laut ketika bot terbalik, tetapi jumlah mereka tidak diketahui.
Antara lapan yang terbunuh, ada yang mati akibat hipotermia.
Datuk Bandar Lampedusa, Filippo Mannino berkata satu lagi tragedi laut yang menggegarkan pulau mereka, merujuk insiden bot itu.
"Sebentar tadi, lapan mayat termasuk seorang kanak-kanak perempuan telah diangkut. Ia tiada kesudahan. Keadaan laut sangat dahsyat dan penyeludup manusia terus menghantar orang-orang miskin dan terdesak ini dengan bot kecil yang tidak dapat bertahan. Ia sentiasa cerita yang sama. Ramai yang membayar untuk mati di laut," kata Mannino.
Menurut data Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), 385 pendatang telah hilang di laut di tengah Mediterranean sejak awal tahun ini sehingga 8 April.
Kementerian Dalam Negeri Itali berkata jumlah pendatang yang tiba di negara itu melalui jalan laut dari 1 Jan hingga 10 April tahun ini berjumlah 15,774 berbanding 31,128 dalam tempoh yang sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#laut mediterranen
#pengawal pantai Itali
#mangsa lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan