awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan pelajar sekolah agama maut dalam kebakaran asrama

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2022
01:33 MYT
Lapan pelajar sekolah agama maut dalam kebakaran asrama
Kesemua mangsa yang berusia di antara tujuh dan 13 tahun itu sedang tidur ketika kebakaran berlaku.
JAKARTA: Lapan pelajar dilaporkan maut dalam kebakaran di asrama sebuah sekolah agama di Indonesia pada Isnin.
Menurut polis, kesemua mangsa yang berusia di antara tujuh dan 13 tahun itu sedang tidur ketika kebakaran berlaku di tingkat dua Sekolah Agama Miftahul Khoirot di Karawang, Jawa Timur.
Pesuruhjaya Polis Karawang, Aldi Subartono berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang dipercayai berpunca daripada litar pintas, memetik laporan agensi berita Kompas.
Katanya, dua lagi pelajar cedera dalam insiden berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Jelasnya lagi, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan 30 minit selepas kebakaran tercetus dan anggota yang tiba di lokasi mengambil masa kira-kira 1 jam untuk memadam api.
Topic Berkaitan
#Sekolah Agama Miftahul Khoirot
#pelajar sekolah agama terkorban
#maut dalam kebakaran
#Karawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan