JOHOR BAHRU: Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (Lapangan Terbang Antarabangsa Senai) hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia pada 6.55 pagi.
Ketibaan penerbangan pagi ini disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Kebudayaan Johor K. Raven Kumar bersama-sama wakil dari Johor Tourism, agensi kerajaan Johor dan pihak berkepentingan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terminal Lapangan Terbang Senai Kennedy Ayu berkata pihaknya berbesar hati menyambut 110 penumpang pertamanya daripada penerbangan AK1395, perkhidmatan tanpa henti ke Johor Bahru.
"Dalam kalangan penumpang tanah besar China, Johor terkenal dengan aktiviti bersantai dan perniagaan, justeru penyambungan semula perkhidmatan ini akan memberi peluang menarik kepada kedua-dua destinasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penerbangan tiga kali seminggu antara Johor Bahru dan Guangzhou itu selaras dengan strategi AirAsia dalam mewujudkan semula perkhidmatan antarabangsanya ke China dari hab lain di Malaysia, berikutan penyambungan semula perkhidmatan dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macao, Guangzhou, Shenzhen dan Kunming baru-baru ini.
Sementara itu, CEO AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata syarikat penerbangan itu akan terus mengembangkan rangkaiannya ke dan dari China sebagai tindak balas kepada permintaan perjalanan yang semakin meningkat, terutamanya apabila republik itu membuka semula sempadannya untuk pelancongan bulan ini.
"Kami berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Johor Bahru ke destinasi antarabangsa, selepas pandemik. Sejak memulakan semula operasi kami dari China bulan lepas, kami telah menerbangkan hampir 10,000 pelawat China ke Malaysia, membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi utama bagi pengembara China.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak berkepentingan kami termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk mengembalikan perkhidmatan kami ke tahap sebelum pandemik, yang seterusnya akan menyokong sektor pelancongan dan ekonomi tempatan secara keseluruhannya," katanya.
Selaras dengan penyambungan semula perkhidmatan, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus untuk penerbangan dari Johor Bahru ke Guangzhou serta ke Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, dan Kota Bharu.
Tambang promosi tersedia untuk tempahan mulai sekarang hingga 2 April 2023, bagi tempoh perjalanan antara 10 April 2023 dan 14 Dis 2023, di AirAsia Super App atau airasia.com.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Ketibaan penerbangan disambut K. Raven Kumar bersama-sama wakil dari Johor Tourism, agensi kerajaan Johor dan pihak berkepentingan. - Gambar Bernama

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji
Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia.

Anwar jumpa Hajiji, Ahmad Yakob esok, usaha selesai isu air di Sabah, Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Lapangan Terbang Senai pertingkatkan prosedur perjalanan
Langkah baharu termasuk mewajibkan semua penumpang dan pengguna lapangan terbang memakai topeng muka dan menjalani pemeriksaan suhu badan.