awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2024
01:45 MYT
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Penumpang dilihat beratur panjang di kawalan pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London. - Foto REUTERS
LONDON: Sistem laluan automatik (E-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom (UK) mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Susulan itu, pihak berkuasa lapangan terbang terkemuka Britain, termasuk Heathrow, Gatwick dan Stansted di selatan, Manchester di utara England, dan Edinburgh di Scotland, berkata mereka menyedari masalah di seluruh negara dan kakitangannya bekerjasama dengan pegawai pasukan sempadan untuk membantu menyelesaikan isu itu.
Pemprosesan kawalan pasport kemudiannya terpaksa dilaksanakan secara manual.
Video yang disiarkan di platform media sosial X menunjukkan penumpang beratur panjang di kawalan pasport di lapangan terbang termasuk Stansted dan Heathrow di London.
Jurucakap Pejabat Dalam Negeri memaklumkan perkara itu sedang ditangani dengan segera dan memohon maaf kepada semua yang terjejas.
Topic Berkaitan
#e-gate
#Lapangan Terbang Antarabangsa
#kawalan pasport
#isu teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan