YALA: Lapangan Terbang Antarabangsa Betong yang baharu, bernilai 1.9 bilion baht menyambut penerbangan sulung pada Isnin dan akan merangsang industri pelancongan di wilayah Yala, bandar paling selatan di Thailand.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan beberapa menteri Kabinet adalah antara 80 penumpang penerbangan sulung pesawat Nok Air DD6260.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok dan penerbangan mengambil masa dua jam lima minit.
Sejurus tiba, Prayuth merasmikan lapangan terbang baharu yang dilengkapi terminal penumpang seluas 7,000 meter persegi dan landasan sepanjang 1.8 kilometer (km) yang boleh menempatkan pesawat kecil seperti ATR dan Bombardier Q-400.
Terletak kira-kira 13 km dari pusat bandar Betong, lapangan terbang itu mampu mengendalikan sehingga 300 penumpang sejam atau 800,000 penumpang setahun.
Lesen operasi diperoleh daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) pada 28 Januari dan lapangan terbang ke-29 di bawah seliaan Jabatan Lapangan Terbang (DOA).
"Lapangan Terbang Antarabangsa Betong akan meningkatkan industri pelancongan di selatan Thailand. Ia akan menggiatkan semula pelancongan dan ekonomi di rantau ini.
"Oleh itu, kerajaan akan membangunkan infrastruktur pengangkutan dan logistik bagi menarik kedatangan pelancong ke Betong," katanya pada majlis perasmian itu.
Beliau berkata cadangan pembukaan semula sempadan darat Thailand-Malaysia pada April, juga akan membantu meningkatkan ketibaan pelancong.
Nok Air mengendalikan tiga penerbangan berjadual seminggu dari Bangkok ke Betong pada Isnin, Rabu dan Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan beberapa menteri Kabinet adalah antara 80 penumpang penerbangan sulung pesawat Nok Air DD6260. - Foto fail/REUTERS
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.