SINGAPURA:Ketika pintu troli vaksin dibuka di lapangan terbang Changi di Singapura, suhu di bawah sifar bertembung dengan udara panas, mewujudkan wap seperti nafas hangat pada musim sejuk.
Troli ini dikenali sebagai 'cool dollies', yang diperoleh oleh firma logistik Dnata, adalah sebahagian daripada rancangan pemerintah republik itu untuk memanfaatkan kedudukan negara itu sebagai hab kargo udara dan memastikan vaksin COVID-19 dapat diedarkan di seluruh negara.
Negara yang berjumlah 5.7 juta penduduk itu menjangkakan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech akan tiba bulan ini.
Singapura merupakan negara pertama di Asia yang meluluskan vaksin berkenaan.
Singapura sejak beberapa bulan lepas telah meningkatkan kemampuan mekanisme 'rantaian sejuk', untuk memastikan vaksin seperti Pfizer yang perlu disimpan dalam suhu sejuk dapat diedarkan dengan selamat.
"Suhu di Singapura boleh mencapai 30 darjah (Celsius) dan ke atas. 'Cool dollies' akan membantu kami melindunginya," kata Arman Abdul Malek, seorang Eksekutif Operasi Dnata.
Vaksin Pfizer perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius (-94 F), bersamaan dengan musim sejuk Antartika.
Vaksin Moderna pula boleh disimpan sehingga enam bulan pada suhu -20 darjah Celsius.
Syarikat pengendali darat Singapura, SATS juga melabur untuk mengendalikan vaksin termasuk membeli 'cool dollies' dan memperluas pengeluaran ais kering.
"Singapura berada di posisi yang baik untuk menjadi pusat serantau bagi menyimpan dan mengedarkan vaksin di seluruh Asia", kata Bob Chi, ketua pegawai operasi SATS.
Reuters
Fri Dec 18 2020

Suasana di bilik penyimpanan sejuk modular kendalian Dnata ini dikawal suhunya untuk memastikan vaksin COVID-19 selamat disimpan seterusnya diedarkan di Singapura. - REUTERS/Edgar Su

Antivaksin | Polis Kelantan tiada terima laporan
Polis Kelantan tidak menerima sebarang laporan polis berhubung golongan antivaksin atau tindakan menghasut masyarakat untuk menolak vaksin

Vaksin COVID-19 | 600 anggota bomba Terengganu bakal divaksinasi
Lebih 600 pegawai dan anggota bomba di Terengganu menerima suntikan vaksin COVID-19 secara berkala bermula hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abd Rashid bagaimanapun berkata, lebih 200 kakitangan bomba di negeri itu memilih untuk tidak mengambil vaksin.

COVID-19: 1,555 kes baharu, enam kematian
Sebanyak 1,555 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 304,135 kes.

PKPD di Town Villa, sebahagian besar Flat Sibu Jaya tamat ikut jadual - Ismail Sabri
PKPD di kawasan perumahan Town Villa dan sebahagian besar Flat Sibu Jaya, Sibu ditamatkan seperti yang dijadualkan.

PKP tidak dilanjut, ini 5 tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Spa, refleksologi, urut, wellness termasuk perkhidmatan pedicure dan manicure dibenarkan.

Isu potong barisan dapatkan vaksin: Exco Kelantan akan buat laporan polis
Dakwaan yang tular di media sosial itu adalah satu berita yang tidak benar dan palsu sehingga mencemarkan imej serta pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

COVID-19: Kes pulih melebihi kes baharu di Sarawak
Sarawak mencatat 159 kes baharu COVID-19, lebih rendah berbanding 227 kes pulih COVID-19 dan dibenarkan discaj.

KPM perlu pertimbang untuk selaraskan jadual peperiksaan utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 02 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 02 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893173/6918180781614680447649_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD) - 02 Mac 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPD), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Denda RM10,000 hanya kepada mereka yang melakukan kesalahan berulang
Jika anda melakukan kesalahan anda tidak semestinya akan dikenakan jumlah maksima iatu sebanyak RM10,000

Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
Ahmad merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.

COVID-19: 2 rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu di Singapura
Kedua-dua pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu adalah asimptomatik (tidak menunjukkan gejala).

RM1.2 juta berjaya dikumpul dalam tempoh 29 jam biaya kos perubatan bayi pramatang M'sia
Kutipan derma itu, yang diumumkan 28 Feb dalam portal NGO tersebut, berakhir pada kira-kira 5.45 petang semalam selepas mencapai matlamatnya.

Kedah, Terengganu FC akan bertandang ke Singapura dalam saingan Piala AFC
Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon ASEAN.

Sentimen pasaran jejas prestasi ringgit berbanding dolar AS
Pada 6 petang Isnin, ringgit berada di paras 4.0550/0580 berbanding dolar AS daripada 4.0450/0443 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Johor harap rundingan buka sempadan bersambung semula susulan pelaksanaan imunisasi
Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira faktor bahawa rakyat kedua-dua negara telah mengambil dos vaksin bagi memastikan imunisasi terhadap wabak COVID-19.

Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN jamin akses vaksin negara - Muhyiddin
Kerajaan akan meneruskan usaha secara menyeluruh bagi mewujudkan gelembung perjalanan dengan negara-negara yang berpotensi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.