awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan PBB: Warga emas berdepan risiko tinggi akibat perubahan iklim

Bernama
Bernama
10/07/2025
10:36 MYT
Laporan PBB: Warga emas berdepan risiko tinggi akibat perubahan iklim
Warga emas, terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik, lemah badan atau pergerakan yang terhad, lebih terdedah kepada masalah kesan haba. - Reuters
NAIROBI: Warga emas berdepan risiko tinggi akibat kesan perubahan iklim, menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Gelombang haba antara kesan perubahan iklim yang paling kerap dan membawa maut, selain banjir serta pengecutan litupan ais," kata Ketua Pengarah UNEP, Inger Andersen.
"Kita perlu bersedia menghadapi risiko daripada kesan ini, terutamanya terhadap golongan paling terdedah, termasuk warga tua."
Kematian tahunan dalam kalangan warga emas berkaitan suhu panas meningkat kira-kira 85 peratus sejak 1990-an.
Warga emas - terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik, lemah badan atau pergerakan yang terhad - lebih terdedah kepada masalah kesan haba, termasuk penyakit pernafasan, kardiovaskular dan metabolisme. Kadar kematian juga lebih tinggi dalam kumpulan ini.
Gabungan haba dan kelembapan tinggi, yang sudah diperhatikan semasa gelombang haba di beberapa kawasan tropika, amat berbahaya kepada warga tua.
Pemanasan bandar juga semakin membimbangkan, terutamanya apabila populasi urban terus meningkat di seluruh dunia.
--BERNAMA-dpa
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#perubahan iklim
#cuaca panas
#warga emas
#risiko kesihatan
#gelombang haba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan