INTERNATIONAL
Latihan Tentera Udara Korea Selatan disambung semula susulan insiden pengeboman

Korea Selatan akan meneruskan latihan menggunakan bom hidup itu secara berturut-turut minggu ini di kawasan latihan di pantai barat dan kawasan pergunungan di wilayah Gangwon. - Reuters
SEOUL: Tentera Udara Korea Selatan akan menyambung semula kebanyakan latihan tembakan menggunakan bom sebenar mulai minggu ini, menurut pegawai kira-kira dua bulan selepas menggantung latihan itu berikutan insiden dua jet pejuang secara tidak sengaja menggugurkan bom di kawasan awam pada Mac lepas.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Tentera Udara Korea Selatan dalam kenyataan kepada media menyatakan pihaknya akan meneruskan latihan menggunakan bom hidup itu secara berturut-turut minggu ini di kawasan latihan di pantai barat dan kawasan pergunungan di wilayah Gangwon.
Pada 6 Mac, dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, mengakibatkan 52 orang cedera dan memaksa Tentera Udara menggantung semua latihan menembak hidup.
Tentera Udara berkata mereka telah melengkapkan penilaian keselamatan di kemudahan latihan sebelum menyambung semula latihan latihan menggunakan bom hidup, yang penting bagi mengekalkan tahap kesiapsiagaan ketenteraan.Bagaimanapun, latihan menggunakan bom sebenar di Seungjin Fire Training Field di Pocheon akan terus digantung buat masa ini dan Tentera Udara akan meneliti semula isu berkenaan dari semasa ke semasa.
Tentera Udara dan Kementerian Pertahanan menyatakan insiden pengeboman yang tidak pernah berlaku itu berpunca daripada kesilapan juruterbang yang dipercayai tersilap memasukkan koordinat sasaran sebelum latihan dijalankan.
Kedua-dua juruterbang berkenaan telah dikenakan pertuduhan kecuaian profesional sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kemudahan ketenteraan. Mereka turut digantung tugas penerbangan selama setahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami