DUNIA
Laut Capsian semakin mengecil, boleh dilihat dengan mata kasar

Penurunan sekecil lima hingga 10 meter sahaja sudah cukup untuk mengganggu ekosistem penting, termasuk habitat anjing laut Caspian dan ikan sturgeon yang terancam. - Foto X/RJ_02
AKTAU: Laut Caspian, badan air tertutup terbesar di dunia, kini menyusut pada kadar yang membimbangkan - satu fenomena yang menurut penduduk tempatan “boleh dilihat dengan mata kasar”.
Ringkasan AI
- Laut Caspian semakin surut secara ketara, dijangka turun sehingga 18 meter dan kehilangan 34% permukaannya menjelang akhir abad ini.
- Penyusutan ini menjejaskan ekosistem penting dan berpunca daripada perubahan iklim, pengurusan air yang lemah, serta empangan di Sungai Volga.
- Aktivis di Kazakhstan gesa tindakan segera, termasuk ketelusan dalam industri minyak dan gas yang didakwa menyumbang kepada pencemaran.
Pakar ekologi tempatan, Adilbek Kozybakov, yang membesar di bandar pesisir Aktau, menyatakan bahawa perubahan ini telah lama dirasai oleh komuniti setempat.
“Kita tidak perlu buat kajian pun untuk tahu laut ini semakin surut,” katanya kepada Al Jazeera.
Punca utama penyusutan ini termasuk perubahan iklim, peningkatan suhu global, dan pengurusan air yang tidak mampan - terutamanya di Sungai Volga, yang menyumbang sehingga 85 peratus air ke Laut Caspian.
Rusia telah membina puluhan empangan dan takungan di sepanjang sungai itu, mengurangkan aliran masuk ke laut.
Kebimbangan turut timbul bahawa Laut Caspian mungkin mengalami nasib yang sama seperti Laut Aral, yang kini hanya tinggal 10 peratus daripada saiz asalnya akibat eksploitasi sumber air oleh Kesatuan Soviet pada era 1960-an.
Aktivis alam sekitar di Kazakhstan kini mendesak tindakan segera, termasuk ketelusan dalam kontrak minyak dan gas yang beroperasi di sekitar laut tersebut, yang didakwa menyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan habitat marin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami