Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual tiba esok di Rusia untuk lawatan tiga hari atas jemputan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Mat Dris Yaacob, berkata lawatan itu akan meningkatkan hubungan diplomati serta merangsang perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.
Bercakap kepada media Malaysia di sini hari ini, Mat Dris berkata Dr Mahathir dan anggota delegasinya buat pertama kali akan menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF).
BACA: 'Vlad tu apa, Vostok tu di mana?'
Perdana Menteri akan menyertai pemimpin dunia pada forum itu yang merupakan platform bagi membincangkan isu-isu yang bermatlamat meluaskan kerjasama antarabangsa di Asia Pasifik.
Pada Khamis, beliau dijadual berucap pada sesi pleno forum berkenaan, acara utama EEF kelima yang berlangsung di kampus Far Eastern Federal University, di sini.
"Dr Mahathir akan membincangkan hubungan dua hala serta mempromosi kerjasama baharu dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan," kata Mat Dris.
Menurutnya, pembinaan kapal, pelancongan, pendidikan, pembinaan, penerbangan dan aeroangkasa, merupakan antara bidang ekonomi utama di Valdivostok yang boleh diteroka selanjutnya oleh syarikat Malaysia.
Sementara itu, penganjur forum, Roscongress Foundation, memetik penasihat kepada Presiden Rusia, Anton Kobyakov, sebagai berkata bahawa Rusia berminat untuk membangunkan kerjasama dengan Malaysia dalam perdagangan, tenikal-ketenteraan serta bidang kemanusiaan.
Beliau mencadangkan Malaysia bekerjasama dengan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) untuk membangunkan hubungan dagangan yang lebih intensif antara kedua-dua negara.
"EEC merupakan platform yang baik untuk pembentunkan pasaran antarabangsa sejagat," kata Kobyakov.
Beliau berkata Malaysia mempunyai beberapa projek pelaburan utama di Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
Perdana Menteri akan menyertai pemimpin dunia pada forum itu yang merupakan platform bagi membincangkan isu-isu yang bermatlamat meluaskan kerjasama antarabangsa di Asia Pasifik. - Gambar fail
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan Dr Mahathir ke Rusia dijangka tingkatkan lagi hubungan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual tiba esok di Rusia untuk lawatan tiga hari atas jemputan Presiden Rusia Vladimir Putin.