awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Raisi buka lembaran baharu hubungan Iran-Amerika Latin

Bernama
Bernama
12/06/2023
13:11 MYT
Lawatan Raisi buka lembaran baharu hubungan Iran-Amerika Latin
Diplomasi dinamik dan interaksi bijak merupakan doktrin pentadbiran Raisi dalam dasar luar dan hubungan antarabangsa. - AP
TEHRAN: Lawatan Presiden Iran Ebrahim Raisi ke Amerika Latin membuka lembaran baharu dalam hubungan Iran-Amerika Latin, kata Menteri Luar Hossein Amirabdollahian.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelang lawatan presiden, Hossein Amirabdollahian berkata diplomasi dinamik dan interaksi bijak merupakan doktrin pentadbiran Raisi dalam dasar luar dan hubungan antarabangsa.
"Dalam doktrin ini, pembinaan hubungan yang menyeluruh dan kepelbagaian hubungan jangka panjang dan kerjasama dengan negara-negara dunia, termasuk rantau Amerika Latin, sangat penting," kata Amirabdollahian.
Kunjungan itu akan membuka lembaran baharu dalam hubungan yang telah sekian lama terjalin antara Iran dan Amerika Latin selain mengukuhkan kerjasama saling menguntungkan dalam tenaga, sains, teknologi, kesihatan, perubatan, pertanian dan eksport barangan serta perkhidmatan kejuruteraan teknikal.
Raisi berlepas dari Tehran pada awal pagi Isnin untuk memulakan jelajah empat hari ke tiga negara Amerika Latin - Venezuela, Nicaragua dan Cuba.
Sebelum lawatan itu, presiden menyifatkan hubungan Republik Islam dengan tiga negara Amerika Latin itu sebagai "strategik", memandangkan pendirian antiangkuh mereka yang sama seperti Iran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ebrahim Raisi
#Iran
#hubungan diplomatik
#Amerika Latin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan