ANKARA: Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023, lapor Agensi Anadolu.
"Kami menganggarkan terdapat lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan ratusan rumah yang musnah sejak permulaan pencerobohan Israel," menurut kenyataan oleh Pertahanan Awam Palestin.
Ia menyatakan mereka yang hilang tidak termasuk dalam senarai angka kematian Kementerian Kesihatan, oleh itu jumlah syahid melebihi 44,000 orang.
Menurut kenyataan itu, pasukan penyelamat mula menemukan mayat yang telah reput sepenuhnya dari bangunan di utara Gaza.
Israel melancarkan serangan kejam ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas.
Lebih 34,500 warga Palestin terbunuh kebanyakan wanita dan kanak-kanak dan lebih 77,700 yang lain cedera menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barangan keperluan yang teruk.
Serangan lebih enam bulan itu menyaksikan sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah, menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Rejim itu dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Keputusan interim pada Januari lepas mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023. - Gambar fail/REUTERS
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Ratusan tebuan 'serang' tentera Israel
Insiden 'amukan tebuan' itu berlaku ketika operasi disertai Briged Divisyen Selatan di sempadan wilayah Gaza.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
Jordan desak pembukaan semua lintasan, hentikan kebuluran di Gaza
Jordan mendesak pembukaan semua lintasan darat ke Semenanjung Gaza selain mahu kebuluran di wilayah yang telah diserang tanpa henti oleh Israel dihentikan.
Semenanjung Gaza bagaikan neraka bagi ibu hamil dan anak kecil
Tanggal 8 Mac, di saat dunia meraikan Hari Wanita Sedunia, wanita di Gaza terus menderita, dihimpit berbagai rintangan ekoran serangan tanpa henti tentera rejim Israel.
Majoriti rakyat AS tidak setuju dasar Biden mengenai konflik Gaza - Tinjauan
Sebanyak 60 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju dengan cara Presiden AS Joe Biden mengendalikan konflik antara Israel-Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Sputnik.
Malaysia kecam serangan Israel ke atas rakyat Palestin sedang tunggu bantuan
Kerajaan Malaysia kesal terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang sedang mendapatkan bantuan penting di Nabulsi.
Angka korban di Gaza terus meningkat, kini cecah 29,692 orang
Seramai 86 lagi rakyat Palestin maut manakala 131 cedera di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lepas.
Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Gaza selepas empat hari
Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari.
160 mayat ditemukan di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza
Data tidak rasmi menunjukkan kira-kira 6,500 orang masih hilang, termasuk lebih 4,700 kanak-kanak dan wanita.
Pasukan perubatan bantuan akan dihantar ke Palestin - KKM
KKM bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan.