awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam

Agensi
Agensi
16/07/2020
01:35 MYT
Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden pelanggaran keselamatan terbesar dalam sejarah Twitter. - Gambar hiasan
AKAUN Twitter milik beberapa individu dan organisasi terkemuka, antaranya Joe Biden, Bill Gates, Elon Musk dan Apple, dikesan diceroboh pada Rabu apabila menyiarkan entri mempromosikan penipuan berkaitan cryptocurrency.
Turut terjejas adalah akaun bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Kanye West, Warren Buffett, Jeff Bezos dan Mike Bloomberg, yang menyiarkan entri serupa, meminta sumbangan melalui Bitcoin ke profil mereka.
"Semua orang meminta saya memberikan sesuatu kepada masyarakat, dan sekaranglah waktunya," itu ciapan Gates.
"Kami sedang menyiasat situasi ini dan mengambil langkah untuk memperbaikinya," maklum Twitter menerusi satu akaun sokongan.
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden security breach (pelanggaran keselamatan) terbesar dalam sejarah Twitter.
Tahun lalu, akaun CEO Twitter, Jack Dorsey digodam, menimbulkan kebimbangan tentang ciri-ciri keselamatan yang diguna pakai mereka.
Mekanisme yang digunakan dalam penggodaman akaun Dorsey bagaimanapun sudah diperbetulkan dan ia dipercayai bukan penyebab insiden kali ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Apple
#Barack Obama
#Bill Gates
#Bitcoin
#Elon Musk
#godam
#Joe Biden
#Kanye West
#keselamatan
#pelanggaran
#sumbangan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan