awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 15 juta meter persegi kawasan di Libya tercemar sisa bahan letupan

Bernama
Bernama
05/04/2023
09:02 MYT
Lebih 15 juta meter persegi kawasan di Libya tercemar sisa bahan letupan
Menurut UNSMIL, 27,400 bahan letupan telah dibersihkan di bandar Tripoli, Misrata, Benghazi, dan Sirte pada 2022. -Gambar hiasan/AP
MOSCOW: Lebih 15 juta meter persegi (3,700 ekar) tanah di Libya tercemar dengan sisa bahan letupan dan periuk api, menurut kenyataan Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Libya (UNSMIL) pada Selasa.
Kenyataan UNSMIL itu sempena sambutan hari antarabangsa untuk memupuk kesedaran mengenai periuk api yang disambut pada 4 April.
Menurut misi itu, 19 orang terbunuh akibat bahan letupan pada 2022, 14 daripadanya adalah kanak-kanak, lapor Sputnik.
"Walaupun pelbagai usaha sudah dilaksanakan sejak sedekad lalu, lebih daripada 15 juta meter persegi kawasan di Libya masih tercemar dengan bahan letupan.
"Penggunaan senjata secara sembarangan di kawasan awam semasa konflik baru-baru ini menyebabkan kawasan bandar juga dipenuhi dengan sisa bahan letupan perang," menurut kenyataan misi itu.
Sisa seperti itu menghalang akses yang selamat kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembangunan selain menyebabkan kematian atau kecederaan.
Menurut UNSMIL, 27,400 bahan letupan telah dibersihkan di bandar Tripoli, Misrata, Benghazi, dan Sirte pada 2022.
Libya ditadbir dua kerajaan yang bertelagah, bahagian barat dikawal oleh Kerajaan Perpaduan Negara dan Perdana Menteri Abdul Hamid Al-Dbeibeh yang disokong oleh PBB.
Bahagian timur pula ditadbir kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri Fathi Bashagha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Libya
#PBB
#periuk api
#sisa bahan letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan