awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 16,500 orang di Gaza perlu rawatan perubatan segera: WHO

Bernama
Bernama
07/11/2025
03:40 MYT
Lebih 16,500 orang di Gaza perlu rawatan perubatan segera: WHO
Menurut Ghebreyesus, WHO telah memindahkan 19 pesakit tenat dan 93 orang pengiring dari Gaza ke Itali untuk menerima rawatan perubatan, sambil menyatakan penghargaan kepada kerajaan Itali atas solidariti dan sokongan mereka. - Gambar fail Reuters
LONDON: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis berkata, lebih 16,500 orang di Gaza memerlukan rawatan perubatan segera, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam hantaran di platform media sosial X, Ghebreyesus berkongsi maklumat mengenai pemindahan pesakit yang dijalankan dari Gaza.
Beliau memaklumkan, WHO telah memindahkan 19 pesakit tenat dan 93 orang pengiring dari Gaza ke Itali untuk menerima rawatan perubatan, sambil menyatakan penghargaan kepada kerajaan Itali atas solidariti dan sokongan mereka.
"Kami menggesa lebih banyak negara menerima pesakit dari Gaza memandangkan lebih 16,500 orang masih memerlukan rawatan perubatan segera yang tidak tersedia di Semenanjung itu," katanya.
Beliau turut menggesa semua laluan pemindahan, khususnya dari Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, dibuka bagi memudahkan pemindahan pesakit yang memerlukan bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Gaza
#mangsa perang
#rawatan perubatan
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan