awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia

Bernama
Bernama
16/12/2023
06:23 MYT
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Menurut Interpol, senjata api telah menjadi kebiasaan bagi kumpulan penjenayah kerana ia murah dan mudah disembunyikan, dibawa dan diakses. - Gambar fail/Reuters
PARIS: Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Polis Antarabangsa (Interpol) di Lyon pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lebih 700 senjata dan lebih 45,000 butir peluru dirampas dalam operasi gabungan pertama pasukan itu di Asia yang dikenali sebagai "Operation Trigger-Salvo II".
Diadakan antara 13-24 November, operasi itu bertujuan untuk mengganggu pergerakan senjata api rentas sempadan dan menentukan kaitan antara kumpulan jenayah terancang rentas negara, penyeludupan senjata api dan pengganas.
Menurut Interpol, senjata api telah menjadi kebiasaan bagi kumpulan penjenayah kerana ia murah dan mudah disembunyikan, dibawa dan diakses.
Ini terbukti di Pakistan dengan ratusan senjata api dan peluru ditemukan, terutamanya di wilayah-wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan.
Interpol berkata operasi itu membawa kepada penangkapan 614 suspek, siasatan baharu dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai laluan yang digunakan oleh trak-trak dari Afghanistan untuk memindahkan senjata api dan peluru ke Pakistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Interpol
#operasi senjata
#Asia
#polis antarabangsa
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan