SEJUMLAH lebih 2,041 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Sabtu.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 723 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 297 juta dos manakala India dengan 224 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil.

Manakala Jerman dengan 53 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 38 dan 36 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 28 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula dengan 5.1 juta dos, Singapura dengan 4.04 juta dos dan diikuti Thailand dengan 3.6 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 3.36 juta.