ANGKA jangkitan baharu positif COVID-19 dunia terus meningkat kepada lebih 220,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif global mencecah angka 27.43 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.32 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 4.2 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.14 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.

Sementara itu, Peru, Colombia, Afrika Selatan dan Mexico dan Sepanyol melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Argentina, Chile, Iran, Perancis, United Kingdom, Bangladesh dan Arab Saudi.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan, Turki, Itali, Iraq, Jerman, dan Filipina.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Indonesia, Ukraine, Kanada, Qatar, Bolivia, Ecuador dan Kazakhstan.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.