awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2,700 kanak-kanak Gaza kekurangan zat makanan serius akibat sekatan Israel - UNRWA

Bernama
Bernama
11/06/2025
15:15 MYT
Lebih 2,700 kanak-kanak Gaza kekurangan zat makanan serius akibat sekatan Israel - UNRWA
Lebih 2,700 kanak-kanak Palestin dikesan mempunyai masalah kekurangan zat makanan yang serius di Gaza dalam keadaan sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas wilayah itu. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Lebih 2,700 kanak-kanak Palestin dikesan mempunyai masalah kekurangan zat makanan yang serius di Gaza dalam keadaan sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).
"Krisis ini mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila penduduk Gaza terus kelaparan," menurut UNRWA dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Lebih 2,700 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dikesan mengalami kekurangan zat makanan serius pada akhir Mei," menurut kenyataan itu.
Agensi PBB itu turut memaklumkan, hanya satu pusat perubatan masih beroperasi sebahagiannya di utara Gaza akibat kekurangan bekalan bahan api yang serius.
"Akses kemanusiaan mesti dipulihkan dengan segera," kata UNRWA.
Menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, tentera Israel terus melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sejak Oktober 2023, yang meragut hampir 55,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Sejak awal Mac, Israel menutup semua lintasan sempadan Gaza kepada bantuan kemanusiaan, menyebabkan agensi bantuan memberi amaran tentang risiko kebuluran terhadap 2.4 juta penduduk Gaza.
November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga sedang berdepan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan yang dilancarkannya ke atas wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekurangan zat makanan serius
#sekatan Israel
#kanak-kanak Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan