awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 320 anjing laut ditemui mati di pesisir Laut Caspian di Dagestan

Bernama
Bernama
03/12/2025
15:14 MYT
Lebih 320 anjing laut ditemui mati di pesisir Laut Caspian di Dagestan
Kematian anjing laut Caspian, walaupun kelihatan menyedihkan, dianggap perkara biasa ketika musim migrasi tahunan mamalia tersebut. - Reuters
MAKHACHKALA (Rusia): Lebih 320 anjing laut ditemui mati di pesisir Laut Caspian antara muara Sungai Sulak dan Sungai Terek, lapor Agensi Berita Rusia (TASS) memetik perkhidmatan tindak balas kecemasan wilayah.
"Dari muara Sungai Sulak hingga ke Sungai Terek, kami menemukan 322 anjing laut mati," kata sumber itu, sambil memaklumkan bahawa jumlah haiwan mati yang ditemui mungkin meningkat.
Terdahulu, Kementerian Sumber Asli Dagestan dalam saluran Telegramnya melaporkan bahawa ia mula menerima maklumat mengenai bangkai anjing laut yang terdampar di pantai. Kementerian itu berkata pakar telah memulakan pemeriksaan di lokasi sepanjang pinggir laut berkenaan.
Jabatan itu menambah bahawa kematian anjing laut Caspian adalah perkara biasa ketika musim migrasi tahunan mamalia tersebut.
Anjing laut Caspian adalah satu-satunya mamalia yang hidup di perairan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing laut
#Laut Caspian
#mati terdampar
#Dagestan
#musim migrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan