awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka

Bernama
Bernama
21/05/2024
10:47 MYT
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan. - Gambar hiasan
COLOMBO: Lebih 33,000 orang di Sri Lanka terjejas akibat keadaan cuaca buruk, lapor Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai pada Selasa.
Pengarah Pusat Pengurusan Bencana, Pradeep Kodippili, memberitahu media bahawa 1,827 orang telah dipindahkan ke lokasi selamat.
Beliau berkata penduduk di bahagian utara, tengah, barat dan barat laut negara ini telah terjejas oleh keadaan cuaca buruk berkenaan.
Jabatan Meteorologi, dalam ramalan cuaca terbaharu pada Selasa, menyatakan bahawa keadaan monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
Hujan lebat melebihi 100 mm dijangka berlaku di beberapa tempat di Wilayah Barat, Sabaragamuwa dan Barat Laut serta Daerah Galle, Matara, Kandy dan Nuwara-Eliya, menurut jabatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#cuaca buruk
#monsun
#hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan