awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

Lebih 40 paus mati terdampar di pantai Madura, hanya tiga dapat diselamatkan

Agensi
Agensi
20/02/2021
09:46 MYT
Lebih 40 paus mati terdampar di pantai Madura, hanya tiga dapat diselamatkan
Masih belum jelas mengenai punca puluhan paus pemandu itu hilang arah lalu terdampar di pantai berkenaan. - Reuters
BANGKALAN: Sejumlah 46 paus terdampar mati di Pantai Bangkalan di kepulauan Madura, Indonesia, sementara pasukan penyelamat hanya berjaya menyelamatkan tiga ekor kembali ke laut lepas, ujar gabenor wilayah berkenaan pada Jumaat.
Reuters melaporkan, usaha untuk melepaskan semula paus pemandu itu ke laut dijalankan pada Khamis, dengan bantuan sukarelawan dari kalangan penduduk setempat.
"Namun, walau sudah dilepaskan, ada yang kembali ke pesisiran pantai ini mencari ibu masing-masing, sedangkan paus-paus induk itu sudah mati," ujar Gabenor Jawa Timur Indar Parawansa.
Rakaman video yang disiarkan pada Jumaat menunjukkan paus-paus berkenaan terampar berselerakan di kawasan pantai berair cetek sementara penduduk tempatan cuba memberi bantuan dengan menyimbah air dan menarik paus-paus itu kembali ke air yang lebih dalam.
Indar berkata, pihak berkuasa mengambil keputuan untuk mengambus bangkai-bangkai paus itu pada Sabtu sejurus air surut, dengan menggunakan dua jentera pengorek.
Masih belum jelas mengenai punca puluhan paus pemandu itu hilang arah lalu terdampar di pantai berkenaan. Hidupan marin itu lazimnya bergerak secara berkumpulan di sekitar perairan itu dengan mengikut seekor ketua. Sekiranya ada dalam kalangannya sakit atau mengalami keresahan, ahli kumpulan paus itu akan tetap bersama-sama.
Menurut sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Whale Stranding Indonesia, pada tahun 2020 terdapat 70 ekor mamalia laut yang dijumpai terdampar, termasuk dugong.
Topic Berkaitan
#paus
#paus terdampar
#Madura
#Indonesia
#hidupan marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.