awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 70 peratus millennial AS mahu ada parti ketiga: tinjauan

Bernama
Bernama
30/11/2017
07:33 MYT
Lebih 70 peratus millennial AS mahu ada parti ketiga: tinjauan
Sebanyak 63 peratus millennial AS tidak setuju dengan cara pentadbiran Presiden Donald Trump. - Gambar fail
Seramai 71 peratus daripada generasi millennial Amerika Syarikat (AS) mengatakan parti utama ketiga diperlukan di negara itu, kerana kedua-dua parti iaitu Republikan dan Demokrat telah menjalankan tugas yang teruk, lapor agensi berita China Xinhua.
Berdasarkan satu tinjauan terkini yang didedahkan pada Rabu, sebanyak 63 peratus millennial AS tidak setuju dengan cara pentadbiran Presiden Donald Trump, manakala 65 peratus lagi berpendapat secara keseluruhannya AS berada di landasan salah.
Tinjauan dijalankan NBC News/GenForward itu, mendapati enam daripada sepuluh orang menolak cara Kongres mengendalikan tugasnya, sementara 59 peratus mempunyai pandangan buruk terhadap Parti Republikan dan 42 peratus lagi terhadap Parti Demokrat.
Secara keseluruhan, majoriti millennial AS merentasi subkumpulan perkauman, jantina dan gabungan parti, beranggapan pihak berkenaan tidak peduli terhadap pandangan golongan seperti mereka.
Tinjauan dijalankan dari 26 Oktober hingga 10 November, responden terdiri 1,876 golongan dewasa berusia antara 18 dan 34 tahun. Margin keseluruhan ralat persampelan adalah 3.92 mata peratusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Demokrat
#Donald Trump
#generasi Millennial
#parti ketiga
#Republikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan