awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 70 terkorban dalam cuaca ekstrem China

Agensi
Agensi
23/06/2016
14:53 MYT
Lebih 70 terkorban dalam cuaca ekstrem China
Penduduk tempatan menyelamatkan diri di tengah-tengah kawasan kediaman yang musnah akibat ribut dahsyat. - Foto AFP
Cuaca ekstrem, termasuk hujan batu, hujan lebat dan puting beliung yang melanda wilayah Jiangsu di timur China telah mengorbankan lebih 70 orang dan 200 lagi cedera, lapor agensi berita Xinhua pada Khamis.
Ribut itu membadai bandar Yancheng kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan hingga memusnahkan banyak kediaman.
AFP melaporkan, tiupan angin selaju 125 kilometer sejam turut melanda bandar itu hingga ke kawasan pinggir kota, lantas merosakkan harta benda termasuk rumah.
Gambar-gambar suasana di kawasan terjejas menunjukkan penduduk begitu terkejut dengan kejadian berkenaan yang menyebabkan kediaman mereka runtuh, termasuk kabel telefon yang berselirat, ceracak kayu bersepah dan tiang-tiang yang tumbang.
Banyak bahagian di China ditimpa hujan lebat sepanjang minggu ini apabila ribut musim panas terjadi lebih buruk daripada biasa hingga mengakibatkan kemusnahan dahsyat di seluruh negara itu.
Kejadian banjir adalah sesuatu yang biasa terjadi sewaktu monsun musim panas di selatan China namun skalanya lebih besar pada tahun ini.
Di bahagian tengah China, banjir telah meragut nyawa 22 orang selain meyebabkan 197,000 orang hilang tempat tinggal.
Sementara itu, lapan orang dilaporkan terperangkap dalam sebuah lombong arang di Guizhou.
Kerugian ekonomi akibat bencana banjir itu dianggarkan mencecah 2.7 billion yuan (RM1.6 bilion).
Baru-baru ini, Naib Presiden China, Wang Yang berkata negara itu berdepan cuaca buruk akibat fenomena El Nino.
Topic Berkaitan
#banjir
#bencana alam
#El Nino
#hujan lebat
#monsun
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan