awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih daripada 100 rusa kutub mati dilanggar kereta api

Agensi
Agensi
27/11/2017
13:09 MYT
Lebih daripada 100 rusa kutub mati dilanggar kereta api
Pandangan menyedihkan apabila bangkai-bangkai rusa kutub ini dilihat bergelimpangan di sekitar landasan kereta api. - AP
Berita sedih untuk pencinta haiwan, dan juga mereka yang menganggap makhluk ini sebagai pencetus semangat dan keceriaan Hari Krismas.
Lebih daripada 100 rusa kutub di Norway yang melintas trek mati dilanggar kereta api muatan dalam masa tiga hari, dedah seorang penggembala haiwan itu.
Torstein Appfjell, yang selama ini menggembala haiwan ikonik negara itu di mukim Helgeland, pada Ahad meluahkan kesedihannya.
Menurutnya, pada Sabtu lalu sahaja, 65 ekor haiwan itu dirempuh mati.
Appfjell memberitahu The Associated Press melalui telefon betapa insiden itu ‘sangat tragis’ dan ‘tidak pernah dialami sebelum ini’ memandangkan belum pernah berlaku begitu banyak rusa kutub mati dalam situasi sebegitu.
Sejumlah 106 rusa kutub terbunuh sejak Khamis lalu.
Appfjell mewakili empat keluarga yang menggembala di sebuah kawasan dengan kira-kira 2,000 rusa kutub.
Tambahnya, dalam tempoh 12 bulan lalu, sejumlah 250 haiwan mati akibat kemalangan kereta api.
Dalam perkembangan lain, syarikat Bane NOR yang mengendalikan kereta api tersebut, telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kelajuan di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#kereta api
#mati
#Norway
#rusa
#rusa kutub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan