WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguatkuasa pada pagi Khamis, lapor Xinhua.
Lelaki itu cuba menghindari pemeriksaan pelawat di pejabat FBI di Cincinnati, Ohio, kira-kira 9:15 pagi waktu tempatan (1315 GMT), menurut kenyataan agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan.
Dia kemudian bertindak melarikan diri dan pegawai penguatkuasa berjaya mengesan suspek berhampiran Wilmington, Ohio.
Suspek dan anggota penguatkuasa berbalas tembakan dan lelaki itu dilaporkan "ditembak dan maut" di tempat kejadian.
FBI berkata pihaknya sedang "menjalankan siasatan mengenai insiden tembakan itu."
Peronda Lebuhraya Negeri Ohio menerusi ciapan di Twitter memaklumkan askar dan penguatkuasa undang-undang "cuba berunding dengan suspek agar menyerah diri secara sukarela".
"Apabila rundingan gagal, para pegawai cuba menahan suspek menggunakan taktik yang tidak membawa maut.
"Suspek bertindak menggunakan senjata api sehingga memaksa pegawai penguatkuasa melepaskan tembakan.
"Suspek maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah," menurut pihak polis.
Penyiasat persekutuan dilaporkan sedang menjalankan siasatan sama ada lelaki itu mungkin mempunyai hubungan dengan kumpulan pelampau sayap kanan.
Motif sebenar kejadian belum dikenalpasti.
Insiden itu berlaku beberapa hari selepas ejen FBI menyerbu kediaman bekas Presiden AS Donald Trump di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.
Menurut laporan, operasi itu mempunyai kaitan dengan maklumat sulit yang didakwa dibawa Trump dari Rumah Putih ke Mar-a-Lago, ketika beliau tidak lagi menjadi presiden AS dan mengosongkan pejabat pada Januari 2021.
Trump dan sekutunya mengecam serbuan itu pada Isnin dan mendakwa ia serangan bersifat politik didalangi oleh Demokrat, FBI dan Jabatan Kehakiman AS.
Pengarah FBI Christopher Wray mengeluarkan kenyataan pada Khamis, bahawa "serangan ke atas integriti FBI menghakis hormat dan kedaulatan undang-undang."
"Keganasan dan ancaman terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk FBI, adalah berbahaya dan membimbangkan semua rakyat Amerika," kata Wray.
--BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Peronda Lebuhraya Negeri Ohio memaklumkan askar dan penguatkuasa undang-undang "cuba berunding dengan suspek agar menyerah diri secara sukarela". - Foto REUTERS
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
48 individu ditahan ceroboh kebun Musang King atas tanah kerajaan
Seramai 48 pekebun dan pekerja kebun durian Musang King di daerah Raub yang dikesan menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah ditahan sepanjang 'Ops Sekat' rmula 30 April lalu.
Ceroboh zon perikanan, APMM Pulau Pinang tahan empat nelayan
Bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan terus ke lokasi di kedudukan 0.9 batu nautika tenggara Batu Maung selepas menerima aduan.
Australia tahan 15 nelayan Indonesia terbabit aktiviti perikanan haram
Kesemua anak kapal itu telah dibawa ke Darwin, Wilayah Utara (NT) Australia dan ditahan sementara siasatan dilakukan.
Padah acu pisau, ceroboh rumah warga emas
Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas mengaku salah mengacu pisau dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas.
Seorang kanak-kanak dikesan 'ceroboh' pagar White House
Kakitangan Perkhidmatan Rahsia "menemukan pelawat muda itu memasuki pagar di kawasan Rumah Putih."
Ceroboh beri imej negatif keselamatan negara
Beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.
ATB 2 siap siaga kekang elemen luar, ambil kesempatan ketika PRU15
ATB 2 menjalankan operasi sedia ada bagi memastikan sempadan perairan negara tidak diceroboh.
Tangkapan suspek tular bukan libat kes culik pelajar
Video yang ditularkan adalah ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki kerana menceroboh di kawasan sebuah rumah.
Lelaki bersenjata cuba ceroboh pejabat FBI di Cincinnati ditembak mati
Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguatkuasa pada pagi Khamis.
Op Benteng Laut: TLDM usir 6 bot nelayan asing
Kapal TLDM sekali lagi berjaya mematahkan pencerobohan perairan negara dengan pengusiran enam bot nelayan (BNA) asing berdekatan Pulau Jarak.