awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bersenjatakan pisau ditembak di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam

Agensi
Agensi
16/12/2017
00:03 MYT
Lelaki bersenjatakan pisau ditembak di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam
Suspek sebelum itu membuat ancaman dengan menggunakan pisau di bahagian plaza lapangan terbang terbabit, kawasan yang menempatkan banyak restoran.- INSTAGRAM/ @aapopski via REUTERS
Seorang lelaki tempatan yang bersenjatakan pisau berjaya ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan di Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam, Belanda pada Jumaat.
Dia yang sebelum itu ditembak anggota polis, turut dikenalpasti mempunyai rekod jenayah lampau.
“Suspek berusia 29 tahun dari The Hague (Belanda),” lapor polis menerusi muat naik laman sosial Twitter.
“Lelaki terbabit dikenalpasti polis mempunyai hubungan dengan insiden jenayah keganasan.”
Suspek sebelum itu membuat ancaman dengan menggunakan pisau di bahagian plaza lapangan terbang terbabit, kawasan yang menempatkan banyak restoran.
“Dia cedera dan kini berada dalam tahanan polis,” tambah kenyataan itu lagi.
Sejurus kejadian, kawasan terbabit telah ditutup untuk orang awam dan kemudiannya dibuka semula selepas keadaan kembali terkawal.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Belanda
#cedera
#ditembak
#jenayah
#keganasan
#laman sosial
#Lapangan Terbang Schipol
#lelaki
#polis
#suspek
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan