awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
05/08/2024
01:00 MYT
Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah
Irma dituduh telah berlaku curang oleh suami sirinya. - Foto Sinar Harian/Agensi
BANDUNG: Misteri kehilangan seorang wanita sejak tujuh bulan lalu akhirnya terjawab susulan penemuan kubur miliknya.
Paling mengejutkan mangsa dikenali sebagai Irma Novitasari berusia 24 tahun itu dibunuh suami kedua sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah mereka di Kampung Ciburial, Kecamatan Pacet, Kabupaten Bandung, Jawa Barat di Indonesia.
Bapa saudara wanita malang itu, Ilyas memberitahu kali terakhir dia menghubungi INS adalah pada 13 Januari lalu.
"Bekas suaminya dakwa dia telah melarikan diri," katanya sambil menambah mereka mendapat maklumat INS bekerja di Bali.
Jelas Ilyas, keluarga mereka berusaha mendapatkan maklumat tentang INS selepas tiga bulan dia hilang tanpa khabar berita.
"Maklumat jelas tentang keberadaannya akhirnya diperoleh daripada seseorang pada 28 Julai lalu.
"Dia mendedahkan Irma telah meninggal dunia dan dikuburkan di Kampung Ciburial. Kami bergegas ke sana dan melaporkan kepada pihak berkuasa," ujarnya lagi.
Polis kemudiannya menggali kubur yang berada di kawasan kebun di belakang rumah pelaku.
Suaminya, Asep Saepudin, 23, disahkan sebagai dalang pembunuhan tersebut dan turut dibantu rakan subahat, AG, 22, US, 30, dan AK, 21.
"AS diberkas di Bogor, Jawa Barat pada Rabu lalu manakala penahanan tiga lagi suspek dibuat di rumah masing-masing di Kabupaten Bandung.
"Siasatan awal mendapati AS tergamak menetak isterinya dengan parang hingga mati kerana khabar angin mangsa kononnya berlaku curang meskipun tiada bukti jelas.
"Paling mengejutkan mangsa juga dikatakan sedang hamil lima bulan hasil pernikahan dengan bekas suami pertamanya ketika dibunuh," jelas jurucakap polis, Kusworo Wibowo. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#isteri hamil
#bunuh
#curang
#suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan