awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS: Lelaki jumpa sejuta keping syiling ketika bersihkan rumah mentua

Bernama
Bernama
11/06/2023
12:11 MYT
AS: Lelaki jumpa sejuta keping syiling ketika bersihkan rumah mentua
John Reyes berkata bahawa dia sedang membersihkan rumah bapa mentuanya ketika menemui duit berkenaan. - Gambar hiasan/Unsplash
WASHINGTON: Sebuah keluarga yang sedang membersihkan rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat, secara tidak sengaja menemui beberapa beg berisi sejuta keping duit syiling (penny).
John Reyes berkata bahawa dia sedang membersihkan rumah bapa mentuanya ketika menemui duit berkenaan.
Beg-beg berkenaan masih belum pernah dibuka.
"Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul syiling atau mereka yang pakar dalam bidang ini dan berdasarkan beberapa soalan yang diajukan kepada saya, seperti mempunyai beg tersegel dengan timah atau beg dari bank yang tidak dikenali, mengetahui bahawa syiling-syiling ini sekurang-kurangnya berusia 40 tahun atau lebih.
"Saya telah menerima maklum balas daripada beberapa pengumpul yang memberitahu saya bahawa ia tidak sepatutnya dijual sehingga kita tahu apa yang sedang berlaku," United Press International (UPI) memetik kenyataan Reyes ketika ditemubual FOX 11.
Menurut New York Post, keluarga terbabit mendakwa bahawa syiling-syiling itu diperbuat daripada kuprum dan bukan zink.
Reyes telah menyiarkan iklan menjual syiling-syiling berkenaan di OfferUp, sebuah laman sesawang jual beli, dengan harga US$25,000.
"Nilainya terletak pada keunikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#duit syiling
#bapa mentua
#beg tersegel
#maklum balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan