awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dipukul beramai-ramai di Kuil Emas

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2021
04:06 MYT
Lelaki maut dipukul beramai-ramai di Kuil Emas
Pengawal keselamatan dilihat di perkarangan Kuil Emas, antara kuil tersuci bagi penganut agama Sikh, yang terletak di bandar Amritsar, India. - Foto AP
AMRITSAR: Seorang lelaki maut selepas dipukul orang ramai dalam kejadian di sebuah kuil di India.
Menurut polis, kejadian berlaku semasa upacara sembahyang dilakukan di Kuil Emas yang terletak di bandar Amritsar, pada Sabtu.
Lelaki berkenaan dikatakan telah memasuki kawasan larangan di mana terletaknya kitab suci penganut agama Sikh, Guru Granth Sahib.
Dia kemudian didakwa mengambil pedang istiadat yang diletakkan di sebelah kitab tersebut sebelum dikerumuni pengawal keselamatan dan pengunjung kuil berkenaan.
Kejadian berlaku pada jam 5.45 petang waktu tempatan dan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Polis masih menyiasat apa yang berlaku selepas mayat mangsa ditemui di tempat kejadian.
Kurang 24 jam kemudian, seorang lagi lelaki maut dipukul selepas didakwa cuba memindahkan bendera suci penganut Sikh, Nishan Sahib, dari sebuah kuil di Kapurthala.
Kedua-dua kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas seorang lelaki ditahan setelah didakwa cuba membaling kitab suci penganut Sikh, Gutka Sahib, ke dalam kolam berdekatan dengan sebuah kuil.
Topic Berkaitan
#maut
#dipukul
#Guru Granth Sahib
#kitab suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan