awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut diserang badak air peliharaan

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
17/12/2020
03:24 MYT
Lelaki maut diserang badak air peliharaan
Klip rakaman video yang memaparkan Els menunggang haiwan seberat 907 kilogram itu menjadi tular di media sosial. -twitter@StrangeFactoid
CAPE TOWN:Seorang lelaki di Afrika Selatan maut selepas diserang haiwan peliharaannya iaitu seekor badak air.
Marius Els, 40, seorang petani yang menetap di wilayah Free State di Afrika Selatan ditemui mati berhampiran sungai selepas digigit haiwan itu berulang kali.
Els dilapor telah memelihara badak air yang dinamakan "Humphrey" itu sejak ia masih kecil.
Difahamkan Humphrey seekor badak air yang sangat jinak dan sering menyahut apabila dipanggil tuannya.
Haiwan itu juga dikatakan suka bermain, malah Els sering memberus gigi haiwan kesayangannya itu.
Malah Els dilapor pernah berkata Humprey ibarat anaknya sendiri.
Terdahulu, satu klip rakaman video yang memaparkan Els menunggang haiwan seberat 907 kilogram menjadi tular di media sosial.
Perkara itu dianggap sebagai kejadian ‘luar biasa’ kerana haiwan liar tersebut bukan spesies yang jinak.
Menurut jurucakap paramedik, Els ditemui terbaring di tebing sungai dengan beberapa kesan gigitan haiwan.
Topic Berkaitan
#haiwan
#badak air
#maut
#mati
#lelaki
#Afrika
#haiwan peliharaan
#Humphrey
#Marius Els
#berenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan