awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kelar leher sendiri di farmasi

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
14/02/2016
04:06 MYT
Lelaki maut kelar leher sendiri di farmasi
Polis segera bertindak mengepung farmasi berkenaan untuk menghalang sesiapa daripada masuk selepas menerima laporan kehadiran seorang lelaki bersenjata tajam. -Foto YouTube/World TV
Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengelar leher sendiri di hadapan para pekerja dan pelanggan di sebuah cawangan farmasi Boots di sini, lapor The Independent.
Lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai membunuh diri menggunakan pisau cukur selepas pekerja farmasi enggan menjual Metadon kepadanya.
Metadon biasanya digunakan oleh penagih heroin yang sedang melalui proses pemulihan bagi mengurangkan kesan sindrom sarak (withdrawal syndrome) akibat berhenti mengambil bahan berkenaan.
Anggota paramedik sejurus tiba di tempat kejadian walau bagaimanapun gagal menyelamatkan lelaki tersebut.
Tidak ada pekerja atau pelanggan farmasi yang tercedera dalam insiden itu.
Beberapa saksi turut berkongsi pengalaman dengan media tempatan.
“Seorang wanita yang mendukung bayi berlari keluar dari kedai sambil menjerit,” ujar seorang saksi wanita.
“Apabila polis sampai, mereka terus mengelilingi kedai dan menyerbu masuk.”
Mark Abbott pula berkata, “Polis bertindak begitu pantas. Mereka mengawal situasi dan menghalang sesiapa daripada masuk.”
Jurucakap polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan untuk memahami insiden berkenaan.
Kematian tersebut tidak disifatkan sebagai mencurigakan dan laporan sedang disediakan oleh pihak koroner.
Topic Berkaitan
#farmasi Boots
#kelar leher
#metadon
#pisau cukur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan