LONDON: Seorang lelaki telah ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham di tengah London dengan kereta dipandunya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Metropolitan berkata pegawai polis bersenjata menahan lelaki itu di tempat kejadian kerana disyaki melakukan kerosakan harta benda dan beliau telah dibawa ke hospital.

Menurut Scotland Yard, kereta suspek "berlanggar dengan pintu pagar" kediaman diraja itu pada 2.30 pagi Sabtu.

Seorang jurucakap polis berkata tiada laporan mengenai sebarang kecederaan dan kes sedang disiasat untuk mengenal pasti punca kejadian.

-- BERNAMA