Seorang lelaki nyaris diamuk para penduduk kampung apabila beliau keberatan menarik balik samannya terhadap pihak berkuasa berhubung penggunaan pembesar suara oleh sebuah masjid di kampungnya, di Aceh.
Sikap Sayed Hasan, 75, yang juga keberatan untuk memohon maaf atas tindakannya itu, turut menyebabkan para penduduk kampung mengancam untuk mengusirnya dari kampung itu jika beliau berkeras dengan keputusannya.
Peristiwa itu berlaku di dewan orang ramai Desa Gampong Jawa, di daerah kecil Kuta Raja, Banda Aceh pada Jumaat, semasa satu pertemuan di antara lelaki itu dengan para pemimpin tempatan, lapor agensi berita Antara.
Pertemuan yang dihadiri Timbalan Datuk Bandar Kota Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal serta Ketua Majlis Pemesyuaratan Umala (MPU), Setiausaha Daerah dan para pegawai pentadbiran kampung di kawasan kompleks Masjid al-Muchsinin itu, dikawal anggota polis dan tentera serta anggota penguatkuasa kerajaan tempatan.
Illiza berkata Sayed Hasan menyaman Ketua Pejabat Kementerian Agama Banda Aceh (defendan pertama), Ketua MPU Aceh (defendan kedua), Ketua MPU Banda Aceh (defendan ketiga), Ketua Undang-undang Syariah Islam (defendan keempat), Ketua Kampung Gampong Jawa (defendan kelima), Imam Masjid (defendan keenam) dan Ketua Pengurus masjid (defendan ketujuh).
"Dalam pertemuan tadi Sayed Hasan telah menyatakan akan menarik balik samannya di Mahkamah Daerah Banda Aceh dan pengakuan itu dibuktikan dengan surat pernyataan bertandatangan beliau (Sayed Hasan). Beliau juga telah meminta maaf kepada penduduk," katanya.
Illiza berkata penduduk Gampong Jawa sangat marah kepada Sayed Hasan yang menyaman pihak berkuasa berhubung penggunaan pembesar suara oleh Masjid al-Muchsinin untuk mengumandangkan ceramah atau bacaan al-Quran selama 30 minit sebelum azan maghrib dan sebelum azan subuh.
"Ini kes pertama di Aceh dan anehnya rumah penuntut saman itu jauh dari masjid al-Muchsinin," katanya.
Kes saman alat pembesar suara masjid itu dibicarakan di Mahkamah Daerah Banda Aceh sejak 11 Feb lalu.
Pihak yang menyaman itu juga dilaporkan keberatan dengan tindakan penduduk menggunakan pembesar suara pada acara tadarus al-Quran di bulan Ramadan.
Bernama
Sat Feb 16 2013
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Lelaki saman sebuah masjid kerana guna pembesar suara
Seorang lelaki nyaris diamuk para penduduk kampung apabila beliau keberatan menarik balik samannya berhubung penggunaan pembesar suara.