awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tembak mati bekas isteri di pusat beli-belah Bangkok

Bernama
Bernama
18/02/2020
22:22 MYT
Lelaki tembak mati bekas isteri di pusat beli-belah Bangkok
Anggota keselamatan memeriksa lokasi kejadian tembakan di sebuah klinik kecantikan dalam sebuah pusat membeli belah di Bangkok, Thailand, 18 Feb, 2020. (Foto AP)
Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya dan mencederakan seorang lagi di sebuah pusat beli-belah pada Selasa.
Dalam kejadian pada 3.15 petang (waktu tempatan), lelaki bersenjata itu menyerbu klinik kecantikan di Century The Movie Plaza berhampiran Victory Monument di Daerah Ratchadewi dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan ke arah bekas isterinya yang berusia 28 tahun.
Seorang wanita berusia 31 tahun di klinik itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.
Lelaki bersenjata itu masih bebas.
Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Left Jen Pakkapong Pongpetra berkata lelaki bersenjata itu dan mangsa berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak dan mereka baru sahaja berpisah 13 Feb lepas.
"Motifnya adalah masalah peribadi dan cemburu," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.
Pada 8 Feb lepas dalam insiden tembakan rambang, yang dilepaskan seorang anggota tentera yang mengamuk di Nakhon Ratchasima, dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, 32, telah membunuh 29 orang termasuk polis dan pegawai tentera dan mencederakan 58 yang lain di Terminal 21 Shopping Mall di pusat bandar itu.
Dia ditembak mati oleh pasukan keselamatan selepas lebih 12 jam bersembunyi di pusat beli-belah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#bekas isteri
#berpisah
#Hospital
#klinik kecantikan
#lelaki bersenjata
#masalah peribadi
#Pakkapong Pongpetra
#polis
#pusat beli-belah
#Ratchadewi
#tembak mati
#tembakan
#Terminal 21
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan