awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tertua di dunia rai ulang tahun ke-112

Bernama
Bernama
27/08/2024
09:17 MYT
Lelaki tertua di dunia rai ulang tahun ke-112
John Alfred Tinniswood dilahirkan pada 26 Ogos 1912, lebih empat bulan selepas tenggelamnya kapal Titanic. - Guinness World Records
WASHINGTON: Lelaki tertua di dunia menyambut hari lahirnya yang ke-112 pada Isnin di rumah penjagaan, tempat beliau tinggal di England, lapor United Press International (UPI).
John Alfred Tinniswood dilahirkan pada 26 Ogos 1912, lebih empat bulan selepas tenggelamnya kapal Titanic dan enam bulan selepas Arizona menjadi negeri Amerika Syarikat (AS).
Tinniswood dinobatkan sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records awal tahun ini dan kini meraikan hari lahirnya yang ke-112 di rumah penjagaannya di Southport.
"Sejujurnya, ia tidak menjejaskan saya dalam apa jua cara," kata Tinniswood kepada Guinness World Records mengenai penganugerahan gelaran itu.
"Secara peribadi, ia tidak bermakna apa-apa."
"Sejujurnya, tiada perbezaan. Saya tidak merasakan usia itu, saya tidak teruja mengenainya. Mungkin sebab saya telah mencapainya. Saya hanya menganggapnya seperti perkara lain," katanya.
Tinniswood berkata beliau tidak tahu rahsia di sebalik umurnya yang panjang.
"Saya tidak dapat fikirkan apa-apa rahsia istimewa yang saya ada. Saya agak aktif semasa muda. Saya banyak berjalan. Tetapi bagi saya, saya tidak berbeza. Sama sekali tidak berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki tertua dunia
#John Alfred Tinniswood
#panjang umur
#Guinness World Records
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan