Israel Kristal, 113, lelaki tertua di dunia seperti yang diiktiraf oleh Guinness World Records pada tahun lepas, meninggal dunia di Israel.

Menurut laporan Reuters, Guinness World Records menyatakan bahawa Kristal lahir di Poland pada 15 September dan telah melihat sendiri kem Auschwitz pada tahun 1950 di mana isteri pertama, dua anak serta ahli keluarganya yang lain dibunuh rejim Nazi.

Kristal dianugerahkan sijil Guinness sebagai lelaki tertua di dunia pada 11 Mac 2016 ketika usianya mencecah 112 tahun dan 178 hari.

Beliau meninggal dunia pada Jumaat di bandar pelabuhan utara Haifa pada usia 113 tahun dan 330 hari.

Terdahulu, wanita Perancis Jeanne Calment disahkan Guinness sebagai manusia yang hidup paling lama sebelum meninggal dunia pada tahun 1997 pada usia 122 tahun.