LELAKI tertua di dunia, Yasutaro Koide, telah menghembuskan nafas terakhir di bandar Nagoya pada usia 112, lapor BBC.

Koide yang lahir pada 13 Mac 1903 telah diiktiraf Ogos tahun lalu sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records.

Menurut Menteri Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, dia meninggal dunia di sebuah hospital di Nagoya ketika menerima rawatan ke atas masalah jantung yang kronik.

Koide pernah mendedahkan rahsia panjang umurnya iaitu ‘hidup dalam kegembiraan’ dan jangan berlebihan dalam apa jua perkara.

Koide turut mengelakkan diri dari rokok dan alkohol.

Guiness World Records mengesahkan Koide masih lagi menggunakan gigi asli untuk makan dan tidak menggunakan kaca mata untuk membaca akhbar.

Rekod manusia tertua di dunia masa kini dipegang oleh wanita Amerika Syarikat Susannah Mushatt Jones yang berusia 116 tahun.