Skip to main content

Dunia

Letupan berhampiran loji janakuasa Zawiya jejas bekalan elektrik

Firefighters work to extinguish the remaining fire in the Zawiya oil complex following drone strikes, in Zawiya, Libya, August 12, 2026. REUTERS/Hamza Al Ahmar
Anggota bomba berusaha memadamkan sisa kebakaran di kompleks minyak Zawiya susulan serangan dron di Zawiya, Libya. - Foto REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Satu letupan berhampiran loji janakuasa Zawiya di barat Libya pada Sabtu menyebabkan beberapa unit penjanaan elektrik gagal beroperasi, lapor Anadolu Ajansi memetik syarikat milik kerajaan, General Electricity Company of Libya (GECOL).

Syarikat itu berkata pasukan teknikal telah memulakan kerja bagi mengenal pasti punca letupan yang berlaku berhampiran loji berkenaan dan mengakibatkan beberapa unit penjanaan ditutup.

GECOL berkata usaha sedang diteruskan untuk memulihkan bekalan elektrik secara berperingkat dan berharap keadaan dapat kembali seperti biasa dalam masa terdekat.

Syarikat itu turut memohon maaf kepada orang ramai atas sebarang gangguan bekalan elektrik dan memaklumkan pasukannya akan terus bekerja sehingga grid elektrik kembali stabil sepenuhnya.

Letupan berlaku kira-kira seminggu selepas serangan dron oleh pihak tidak dikenali menyasarkan infrastruktur kritikal di Zawiya, termasuk tangki simpanan minyak, kemudahan penyahgaraman air dan infrastruktur tenaga, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan, ekonomi serta kestabilan sosial di bandar berkenaan.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, manakala pihak berkuasa telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti sumber dron serta pihak yang bertanggungjawab.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement