awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di kilang bahan letupan di barat Turkiye ragut 12 nyawa

Bernama
Bernama
24/12/2024
09:35 MYT
Letupan di kilang bahan letupan di barat Turkiye ragut 12 nyawa
Letupan berlaku di bahagian pengeluaran kapsul kilang, terletak di kawasan luar bandar Kavakli di daerah Karesi.- Foto AP
BALIKESIR : Letupan di sebuah kilang pengeluaran bahan letupan di wilayah Balikesir, barat Turkiye, pada Selasa mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan beberapa yang lain, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
"Kami menerima maklumat yang 12 rakyat kita terkorban dalam letupan di kilang di Karesi," menurut Gabenor Balikesir, Ismail Ustaoglu.
Menurut Ustaoglu letupan berlaku di bahagian pengeluaran kapsul kilang, terletak di kawasan luar bandar Kavakli di daerah Karesi. Punca kejadian masih belum dapat dipastikan. Letupan turut menyebabkan bangunan kilang itu runtuh, katanya.
Kru kecemasan termasuk 112 pasukan perubatan kecemasan dan bomba dikerah ke lokasi kejadian sejurus selepas insiden berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#kilang bahan api
#Turkiye
#Karesi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan